Memaklumkan kehadirannya, Shama Suasana Johor Bahru menyambut anda dalam perjalanan ke pusat bandar, di mana gabungan sempurna antara keselesaan seperti di rumah dan sofistikasi menanti anda.
Terletak di lokasi strategik pusat bandar Johor Bahru, anda bakal dikelilingi oleh pelbagai pilihan tempat makan dan membeli-belah di Zenith Mall yang terkenal. Dalam jarak 5 minit sahaja, anda akan menemui Sistem Pengangkutan Rapid yang membolehkan anda meneroka dengan mudah serta laluan CIQ terdekat, tapak warisan dan pelbagai aktiviti menyeronokkan.
Bilik suite di hotel kami direka untuk menjamin keselesaan anda – setiap bilik menawarkan ruang yang luas sesuai untuk keluarga yang bersaiz besar ataupun kecil, dilengkapi dengan kemudahan moden dan segala yang anda perlukan untuk penginapan yang praktikal dan menyenangkan.